Thursday, April 3, 2008


"UMNO PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE 12: SATU PENILAIAN" "Perubahan perlu dilakukan oleh UMNO. Orang Melayu tidak berpuas hati dengan UMNO dan BN. kaum Cina tidak berpuas hati dengan BN, Kaum India juga tidak berpuas hati dengan BN. Satu dasar ekonomi baru yang mengekalkan semangat Dasar Ekonomi Baru perlu dirangka. jadi sesiapa pun menjadi Perdana Menteri, ia tidak akan membantu selagi dasar yang menentukan bagaimana negara ini ditadbir tidak diubah.." YB. Datuk Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO."Isu kuota pencalonan hanyalah polemik kerana jika UMNO berani, maka tentunya pemimpin yang layak akan tetap dicalonkan oleh bahagian-bahagian. Jangan jadikan kuota itu sebagai alasan. Soalnya berani atau tidak untuk kita menuruti kehendak jiwa nurani bagi menyokong pemimpin yang layak." YB. Dr. Puad Zarkashi, Ketua Penerangan UMNO Johor."Ada benda yang amat tidak kena dengan kepimpinan Datuk Seri bdullah Ahmad Badawi. Pembangunan Ekonomi kita tidak dirasai oleh rakyat, isu rasuah, kronisme dan nepotisme." - YB Datuk Mukhriz Mahathir, EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

No comments: