Thursday, May 28, 2009

Chin Peng,PPP

Lama aku tak muncul dengan cerita-cerita baru.Seminggu dua nie sibuk sikit dan tambah pula server internet aku ada masalah..Tapi sepanjang tempoh diam ni aku sempat juga tengok isu-isu panas yang sedang di utarakan kini seperti isu mamat komunis yang sibuk nak balik ke Malaysia dan isu pergolakan dalam PPP.
Dalam isu komunis aku cukup heran kenapa puak-puak pembangkang sibuk suruh bagi mamat ni masuk balik ke Malaysia.Ni semua untuk meraih populariti parti politik masing-masing.Ingatlah sikit bertapa kejamnya komunis satu masa dulu.Tak kan kita nak melupakan begitu sahaja.Adakah kita nak membela Chin Peng sedangkan kita akan mengguris hati mereka-mereka yang dulu sanggup menggadai nyawa melawan komunis sehinggakan ada yang terkorban serta meninggalkan kesan kecelakaan sehingga kini.Pada aku takde makna untuk kita kesian pada Chin Peng.Biarlah dia hidup dalam buangan.Biar dia sedar yang kita ni memang tak perlukan orang seperti dia di bumi Malaysia.
Berkenaan kes PPP pula.Aku harap perkara ni janganlah berpanjangan.Kita dah la dalam proses nak memulihkan kepercayaan rakyat kepada BN.Bila rakyat tengok kita pun masih bergolak macam mana mereka nak kembali menyokong kita.Kedua-dua pemimpin jangan terlalu ego.Duduk berbincang untuk selesaikan masalah.Dan pada aku tak salah untuk Kayveas mengalah.Bagilah pada kepimpinan baru yang lebih muda untuk memimpin.Mungkin zaman anda telah berlalu.Dan suara anda sebelum ni pun banyak yang mengugut.Macam sebelum ni,bila PPP tak dapat sesuatu anda mula nak ugut keluar BN.Inikah semangat yang pada anda.Kalau nak kira pengorbanan,parti lain dalam komponen BN terutamanya UMNO lagi banyak berkorban.Cukup-cukuplah.Kini masa untuk kita bekerja.Terlalu banyak cabaran yang kita perlu lalui sehingga PRU 13 nanti.Kita kena pastikan BN terus dihati rakyat Malaysia.

No comments: