Monday, May 19, 2008

KENYATAAN DARI MESIR


SHARM EL SHEIKH (Mesir), 19 Mei -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan terus berbincang dengan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai usaha pengukuhan parti serta isu peralihan kepimpinan UMNO seperti yang telah dizahirkan oleh Abdullah sendiri. Timbalan Presiden UMNO itu berharap semua anggota parti bertenang berikutan tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar parti pada Isnin, sambil meminta mereka supaya terus memberi keyakinan kepada usaha memulih dan mengembalikan kekuatan UMNO. Katanya beliau telah menghubungi Abdullah sendiri berhubung tindakan Tun Dr. Mahathir itu selain bercakap dengan beberapa pemimpin UMNO yang lain berhubung perkara yang sama. Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO, melahirkan perasaan terkejut dan sedih dengan keputusan Tun Dr. Mahathir itu kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan kehadiran beliau pada Forum Ekonomi Dunia bagi Timur Tengah di sini Isnin. " Tun Dr. Mahathir telah begitu banyak berjasa dan sumbangannya kepada parti dan negara sungguh tidak ternilai," kata Najib mengenai pengumuman Tun Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, parti yang dianggotainya sejak 1946.





Di harap Datuk Seri Najib dapat buat yang terbaik untuk memulihkan Umno dan memujuk Tun untuk kembali ke dalam Umno apabila beliau pulang dari mengerjakan umrah nanti.Desak Pak Lah untuk cepatkan peralihan kuasa.Bertindaklah sebelum lebih ramai lagi ahli Umno yang keluar parti.Tanpa Tun,Malaysia tak kan sampai ke tahap sekarang dan tanpa Tun juga Umno dah lama berkubur.Setia kami pada Umno,Hormat kami pada Tun Dr Mahathir.

1 comment:

sahabat gunung said...

"Assalammualaikum. Tun Mahathir keluar UMNO....antara sebabnya ialah kekecewaan beliau terhadap kepimpinan yang pentingkan diri daripada bangsa. Marilah kita menghargai pengorbanan beliau dengan berdiri teguh di dalam UMNO untuk memastikan kepimpinan yang akan datang bukanlah kepimpinan yang pentingkan diri tetapi bangsa" - Idham Yassier Sulaiman (Naib Ketua Pemuda UMNO Bhg Titiwangsa)