Tuesday, May 27, 2008

KENYATAAN AKHBAR OLEH KETUA-KETUA CAWANGAN UMNO BAHAGIAN JERLUN.



1. Kami dari ahli akar umbi UMNO Bahagian Jerlun memberi kenyataan akhbar seperti berikut:-


Kami memberi sokongan padu serta memahami tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad di atas tindakan beliau keluar daripada UMNO demi untuk memperkukuhkan UMNO dengan memberi kesedaran kepada pucuk pimpinan UMNO untuk berundur dan seterusnya membenarkan pucuk pimpinan baru mengambil alih teraju UMNO supaya proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera bagi menghadapi pilihanraya ke 13 yang akan datang.

Kami faham bahawa proses membaik pulih parti akan memakan masa dan proses ini perlu dilaksanakan segera.Kami diperingkat akar umbi tidak berkeyakinan bahawa pucuk pimpinan sedia ada mampu untuk menerajui proses pemulihan ini.


2. Kami juga menyokong dan berada dibelakang Ahli Parlimen kami YB Dato Mukhriz Mahathir untuk terus lantang menyuarakan hasrat akar umbi untuk mengkritik kepimpinan demi keutuhan UMNO.Dengan itu kami memohon supaya tiada tindakan dan juga sebarang tekanan dikenakan ke atas Ahli Parlimen kami kerana tindakan beliau mengkriti pucuk pimpinan.Kritikan terhadap pucuk pimpinan tidak bermakna yang beliau mengkritik UMNO.

Pada hemah kami kritian beliau adalah untuk memperkukuhkan UMNO dan tanda sayang beliau dan kepercayaan beliau bahawa hanya UMNO yang menjadi wadah perjuangan bagi agama,bangsa dan negara.


3. Kami juga ingin menyatakan bahawa tindakan Ketua Bahagian kami Yg Bhg Dato Abd Rahman Arifin yang mengeluarkan kenyataan baru-baru ini menyarankan agar Ahli Parlimen kami YB Dato Mukhriz Mahathir tidak membuat sebarang kenyataan berhubung dengan pucuk pimpinan bukanlah satu tindakan yang mewakili ahli akar umbi UMNO Bahagian Jerlun.Tiada sebarang perbincangan dan mesyuarat diadakan dengan kami diperingkat akar umbi.

No comments: