Monday, April 27, 2009

MADU TIGA MENJADI KEGILAAN DI INDONESIA

Mungkin kebanyakan orang Malaysia memang tak sedar betapa jakinya makhluk2 kat sini dengan orang Malaysia. Yang duk ketap gigi dan menahan marah adalah aku yang study kat sini.Ini pulak video 'lagu baru' Ahmad Dhani, yang sangat-sangat famous kat sini sekarang. Tapi penyanyi aslinya, our beloved Tan Sri P.Ramlee, tak pula digembar-gemburkan oleh orang sini sebagaimana diorang mengkecohkan hak milik diorang terhadap lagu 'Rasa Sayang' dulu tu yek.Jadi siapa yang pintar siapa yang goblok nih?Again... Pathetic. Duit buat iklan mahal-mahal baik kau pergi kasik kat orang miskin kau yang berlambak tu.
Masa P.Ramlee nyanyi lagu ni aku takde pun rasa geli geleman walaupun lagu ni pasal laki gatal. Tapi bila Dhani nyanyi... Bwek. Hilang kelembutan melodi lagu ni yang dulu pernah dinyanyikan P.Ramlee.(Ini luahan dari rakan-rakanku yang berada di Indonesia.Kalau korang nak tengok video Ahmad Dhani nyanyi lagu MADU TIGA korang buka la kat you tube.Malas aku nak upload video tersebut.)<
-Tapi pada aku tak salah untuk mereka menyanyikan lagu kita.Cuma kita kena pastikan yang meraka memberi royalti yang setimpal pada pemilik asal lagu ini.Sepatutnya kita harus berbangga lagu-lagu lama kita diterima di sana.Ini,asyik-asyik kita je yang sibuk-sibuk popularkan lagu mereka.Dan selepas ini kita bole tetapkan garis panduan,apabila mereka ingin memasuki pasaran kita mereka harus menyanyikan sekurang-kurangnya satu lagu dari komposer kita.Baru adil..(aku upload juga video nie.aku rasa tak lengkap pula bila tiada video yang diperkatakan.)

1 comment:

DukeOfUMNO said...

Salam ...

Di jemput hadir semua blogger2 wilayah utara ke Majlis Gathering Blogger2 Utara...2 May...pukul 8.30 malam...di Coffee House Kelab Cinta Sayang, Sg. Petani, Kedah...TQ!

p/s: keterangan lanjut di...
http://dukeofumno.blogspot.com