LANGKAWI, 14 Jun (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan semua dakwaan kononnya beliau "mengugut" hakim-hakim supaya menyebelahi kerajaan semasa beliau memimpin negara, bertujuan menutup mulutnya daripada terus bercakap.
Katanya walaupun faham dengan maksud dakwaan hakim-hakim itu, namun beliau tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan terus menulis bagi menjawab semua pertuduhan itu dalam laman blognya.
"Ini dari satu sudut adalah cara mereka boleh menghentam saya kerana terus bercakap, tapi saya tidak akan berhenti. Saya akan terus menulis dalam blog saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa beliau melakukan lawatan peribadi di sini, Jumaat.
Dr Mahathir seterusnya menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri segala dakwaan terhadapnya.
Ditanya sama ada beliau bercadang untuk mengambil tindakan berhubung dakwaan itu jika ia berunsur fitnah, beliau berkata: "Saya nak bawa ke mahkamah mana? Saya bukan ada duit dan tak tau boleh menang atau tidak".
Awal minggu ini Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Datuk Ian Chin sebelum mendengar petisyen pilihan raya yang difailkan calon DAP bagi Parlimen Sarikei Wong Hua Seh bagi mencabar keputusan pilihan raya umum kawasan berkenaan mendakwa, bekas Perdana Menteri itu secara jelas mengugut akan menggunakan tribunal khas untuk menyingkirkan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan.
Mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan beliau tidak akan bertanding untuk jawatan presiden Umno sebaliknya akan menerima jawatan itu secara peralihan kuasa, Dr Mahathir berkata tindakan Najib itu adalah terlalu lambat dan beliau tidak akan sempat menjadi presiden jika Umno hancur kelak.
"Najib tunggu apa? Sekarang ini pun Umno dah lemah dan kalau Najib tunggu lagi Umno akan hancur dan dia tak boleh jadi presiden," katanya.
Beliau berkata Umno lemah kerana kalah pada pilihan raya lepas dan keadaan akan menjadi bertambah teruk jika anggota parti terus menyokong Abdullah.
-- BERNAMA
Berani membuat perubahan,walaupun mengenai diri sendiri,adalah puncak segala keberanian..
Saturday, June 14, 2008
TUDUHAN BERTUJUAN MENUTUP MULUT SAYA, KATA TUN DR MAHATHIR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment