Thursday, July 10, 2008

PEREBUTAN TIGA PENJURU DI LEMBAH PANTAI.

Di jangka berlaku pertandingan tiga penjuru untuk jawatan ketua umno bahagian lembah pantai dalam pemilihan bahagian yang akan datang.Ini di sebabkan jawatan tersebut kosong kerana ketua bahagian yang menang semasa pemilihan yang lalu telah di kenakan tindakan disiplin oleh lembaga disipln parti dan ianya kini di pangku oleh timbalan ketua umno bahagian Sdr Yusri Ahmad.

Mereka-mereka yang di jangka akan menawarkan diri untuk bertanding adalah pemangku ketua umno bahagian Sdr Yusri Ahmad.Ia kemungkinan besar akan di cabar oleh mantan ketua umno bahagian yang lalu YM Dato Raja Nong Chik serta seorang ahli umno yang tiba-tiba muncul di lembah pantai sejak selepas pilihanraya lalu yang di kenali sebagai Hj Zahran.Bagi ahli-ahli umno di lembah pantai mereka rata-rata sudah mengenali YM Dato Raja Nong Chik serta Sdr Yusri Ahmad sejak awal 90 an lagi.Mereka berdua telah bergiat aktif dalam umno bahagian lembah pantai sejak di zaman pemuda lagi dan telah mengharungi susah senang dan selok belok dalam senario politik lembah pantai.Manakala seorang lagi calon hanya baru muncul dan hanya di kenali di kalangan mereka yang betul-betul aktif di peringkat bahagian.

Diantara ketiga-tiga calon tersebut,mantan ketua bahagian yang lalu dilihat berpeluang cerah untuk memenanginya.Bagi jawatan timbalan ketua umno bahagian dijangka akan ada pertandingan empat penjuru.Mereka yang berkemungkinan akan menawarkan diri adalah Sdr ir Ikhsan Samsudin exco perg pemuda umno malaysia,Sdr Haji Rahmat,Sdr Adnan Mudzi dan yang terbaru Sdr Zakaria Othman.Manakala bagi jawatan naib ketua umno bahagian ia akan melibatkan pertandingan dua penjuru di antara Sdr Azuz dan Tuan Haji Shahrul yang kedua-duanya adalah Ahli Jawatankuasa umno bahagian lembah pantai.

Di harap ahli-ahli dapat menilai dan memilih calon yang terbaik untuk menerajui umno bahagian lembah pantai demi untuk membela nasib ahli-ahli umno yang mana kininya ahli parlimen adalah dari pembangkang iaitu pkr.
Salam Suaraperubahan..

Terkini untuk pencalonan jawatan Ketua Bahagian: YM Dato Raja Nong Chik 16 pencalonan
Yusri Ahmad 11 Pencalonan
Hj Zahran Ibrahim 10 Pencalonan

Tuesday, July 8, 2008

PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN-CAWANGAN..

Bermula 17 Julai hingga 24 Ogos 2008 seluruh cawangan Umno akan mengadakan persidangan cawangan masing-masing.Persidangan pada tahun ini semestinya menjadi tumpuan ahli Umno serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya.Ini disebabkan persidangan pada kali ini adalah medan untuk memilih kepimpinan baru dan peluang untuk ahli-ahli menyuarakan pendapat masing-masing tentang isu-isu semasa serta membincang permasalahan dalam Umno.Kepada ahli-ahli Umno yang layakuntuk menyertai persidangan,gunalah peluang yang ada ini dengan sewajarnya.Andai kepimpinan yang ada itu lemah,dari cawanganlah gerakan untuk perubahan harus bermula.Jangan kita hanya bercakap di kedai kopi tapi bila tiba masanya semua diam seribu bahasa.

Pada dasarnya kalau kita hendak menukar kepimpinan di atas kita harus mulakan di cawangan dan seterusnya ke peringkat bahagian.Kita pilihlah mereka-mereka yang boleh membawa suara akar umbi dan semestinya yang inginkan perubahan.Kita juga harus pastikan kepimpinan yang dipilih nanti adalah dikalangan yang berani menyuarakan kebenaran.Buangkan perasaan takut.Kita harus memastikan Umno terus relevan buat selamanya kerana ia adalah parti yang memperjuangkan agama,bangsa dan negara sejak sebelum merdeka lagi.Pemimpin yang lemah harus di tukar demi untuk memastikan Umno kembali kuat dan mendapat kembali keyakinan dari masyarakat yang beralih kepada PKR dan PAS semasa PRU12 yang lalu.

Berkenaan tataetika baru yang di umumkan baru-baru ini,pada saya ia terlalu membebankan ahli-ahli dan kepada mereka yang ingin bertanding itu sendiri.Janganlah sampai hendak menghadiri kenduri kahwin atau kematian pun dihalang.Mungkin kelonggaran telah diberi tapi kenapa sebelum keputusan dibuat ia tidak dibuat kajian terperinci.Sepatutnya yang dihapuskan adalah sistem koata.Ini kerana ia salah satu cara yang boleh mengurangkan lobi-melobi seterusnya isu politik wang.Kepada mereka-mereka yang selalu bercakap tentang politik wang,janganlah anda menunjukkan ego anda.Sekarang ini segala-galanya perlukan wang.Kita mengambil satu contoh,andai calon2 yang bertanding ingin membuat perjumpaan di Pahang dan tempatnya di Kuantan sedangkan perwakilan datang dari termeloh dan kawasan sekitarnya,tak kan la mereka hendak ke Kuantan dengan menaiki basikal.Sudah tentulah mereka menaiki kereta.Semestinya ia memerlukan kos yang tinggi.Kita anggaplah segala pemberian yang di beri itu sebagai satu sumbangan dari calon buat perwakilan di atas komitmen yang di beri.

Kepada mereka yang akan menjadi perwakilan tidak kira di peringkat cawangan,bahagian atau perhimpunan agung nanti jangan kita mudah di beli denagn wang ringgit.Yang kita harus pilih adalah mereka yang benar-benar layak menerajui parti.Akhir kata, selamat bersidang dari saya dan segalanya bermulanya di sini.Kepimpinan yang dipilih nanti adalah yang akan menentukan hala tuju umno.Janganlah kita melakukan kesilapan dan pilihlah yang terbaik demi servival Umno itu sendiri.