Berani membuat perubahan,walaupun mengenai diri sendiri,adalah puncak segala keberanian..
Thursday, January 28, 2010
Rakyat diminta bertenang
Wednesday, January 27, 2010
Aura Yang Telah Hilang
Suasana panas apabila pihak Polis mula bertindak.Segelintir penyokong PR yang tidak berpuas hati telah mengerumuni khemah yang menempatkan pentas utama.
Anwar Ibrahim..Suatu ketika dulu beliau adalah pemidato terhebat dalam arena politik tanah air.Tapi kini perlahan-lahan auranya hilang.Cakap beliau kini hanya cakap kosong.Hanya tahu menghentam dan suka menimbulkan spekulasi semata-mata.Terbaru beliau telah berucap di Kg Kerinchi.Segala isu yang ditimbulkan semuanya gendang lama.Ia semata-mata untuk meraih sokongan terhadap beliau yang kini berhadapan tuduhan liwat.Lagi satu konon-kononnya beliau berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor beliau hanya dibayar RM1.Ini semua perancangan beliau yang ingin meraih sokongan Rakyat yang dah mula hilang terhadap beliau.Sesiapa pun boleh cakap dibayar RM1.Mainan pemimpin atasan seperti beliau lebih licik dari seekor ular.Lagi satu dalam ucapan beliau,beliau cakap beliau baru balik dari India dan Timur Tengah.Di India beliau berucap dihadapan lebih 40 ribu orang.Itu kata beliau la.Aku sikit pun tak pernah percaya.Kiranya standard beliau tinggi.Tapi yang membuat aku tergelak,beliau bercakap soal kehadiran 40 ribu orang di India.Di Kg Kerinchi hanya 500 orang je yang hadir.Apabila ditolak dengan anggota Polis dan pemerhati dari NGO dan Ahli Umno tinggal la kira-kira 200 orang ahli PKR dan Pas yang hadir.Itukah Standard Anwar Ibrahim???Aku harap Rakyat dan mereka yang menyokong PR telah sedar yang selama ini mereka telah diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim.
Friday, January 15, 2010
2010 Tahun Penting Bagi UMNO Dan BN..
Tak perlu kita bincangkan hal ini secara terbuka.Kerana lebih banyak buruknya dari yang baik.Sebagai contoh isu kalimah Allah,banyak hati yang terguris.Kini kita harap golongan bijak pandai selesaikan hal-hal sebegini dengan pantas.Kita rakyat Malaysia ingin hidup aman damai tanpa ada gangguan..Kata SATU MALAYSIA,jadi kita semua tanpa mengira bangsa atau agama harus menunjukkan semangat SATU MALAYSIA .
Bagi kepimpinan Kerajaan yang ada pula,jangan diulangi kesilapan kepimpinan sebelum ini.Inginkan sangat beri kebebasan,sehinggakan bermacam-macam perkara yang tak sepatutnya telah ditimbulkan oleh mereka-mereka yang tak bertanggungjawab.Dalam hal UMNO pula,UMNO harus berterusan mendampingi rakyat..Elakkan hal-hal yang akan membebankan rakyat.UMNO harus kehadapan untuk lebih dahulu selesaikan masalah-masalah yang ada.Cuma ada satu perkara aku tak boleh terima.Tempoh hari semasa pelancaran klinik 1 Malaysia di Pantai Dalam,pihak kami dengan sukarela telah memasang bendera BN.Ini untuk menunjukkan yang BN sentiasa ingin membantu rakyat tidak kira di sesuatu kawasan itu ramai penyokong parti pembangkang.Tapi yang menyedihkan,pada pagi sebelum program ada pihak-pihak dalam Kementerian Kesihatan yang telah munurunkan bendera tersebut.
Kerajaan yang ada ni Kerajaan BN atau Kerajaan PR?Tak salah untuk kita tunjukkan pada rakyat yang Kerajaan BN ingin berkhidmat pada Rakyat.Kenapa harus takut.Kita bukannya menunjuk.Tapi itulah hakikatnya Kerajaan yang ada sekarang adalah Kerajaan BN.
Harap perkara sebegini tidak timbul lagi.Kami Pemuda yang sayangkan Parti Keramat UMNO dan Negara.Bukannya pengecut yang bersikap talam dua muka.
Saturday, January 9, 2010
Pendekatan Terbaik Dari UMNO
Saturday, January 2, 2010
Futsal Belia Lembah Pantai
Sempena meraikan Tahun Baru 2010 Kelab Sukan Petaling Putra dengan kerjasama Biro Penerangan UMNO Bahagian Lembah Pantai telah menganjurkan Pertandingan Futsal Belia-Belia Di Lembah Pantai.Program telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin selaku Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Merangkap Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.RNC dalam ucapannya memuji peserta-paserta yang kebanyakkannya golongan belia bawah 21 tahun diatas penyertaan mereka.