Sunday, March 8, 2009

Pembangkang dibelakang isu PPSMI

Peluang telah diberi,tapi lain yang jadi.Itulah yag berlaku siang tadi semasa perhimpunan bantah PPSMI.Habis kecoh dibuatnya.Pihak polis dah bertolak ansur dengan mengeluarkan permit untuk berkumpul,tapi apabila parti politik PAS dan PKR masuk campur mereka telah lupa apa yang telah dipersetujui dengan syarat-syarat untuk kelulusan permit.Beginikah cara pejuang Bahasa.Aku juga cintakan Bahasa Melayu.Tapi aku lebih sayangkan Bangsa Melayu.Apa yang aku nampak pejuang bahasa ini sebenarnya bukan mewakili suara hati rakyat Malaysia keseluruhan.Tapi mereka sebenarnya mewakili parti pembangkang.Mereka telah dipergunakan.Aku cukup sedih dengan setuasi siang tadi.Habis jalan sekitar kawasan tersebut jem.Mereka berbangga dan jumlah hampir 10 000 yang hadir.Tapi mereka sedar tak yang mereka telah menyusahkan beribu-ribu kereta yang tersangkut dalam jem yang kalau dihitung jumlah orangnya lebih ramai dari mereka yang hadir perhimpunan tersebut.
Aku tersangkut hampir 2 jam berhampiran wisma belia.Siap boleh duduk sembang tepi jalan dengan pemandu-pemandu lain.Mereka cukup geram dengan apa yang berlaku.Macam-macam sumpah seranah keluar dari mulut mereka.Aku harap kerajaan tegas dalam hal ni.Tak perlu tunduk dengan desakan mereka.Kenapa perlu kita ambil jalan mudah.Pak Lah duduk diam je la.Kenyataan Pak lah aku tengok macam memihak pada mereka je.Pikirkan masa depan bangsa kita.Dah separuh perjalanan kenapa perlu untuk kita patah balik.Wawasan 2020 hanya tinggal lagi 11 tahun.Pandanglah kehadapan.Kita ingin menjadi Negara maju.Apabila impian tercapai barulah kita bole bermegah dan jadi seperti Jepun.Pada aku apa yang berlaku semuanya mainan parti pembangkang.Buat apa kita nak mengalah dengan desakan mereka.Mereka sekarang memang gunakan cara sebegini untuk minta sesuatu.Perkara yang salah pun mereka akan sokong asalkan mereka dapat pulangan.Ambil contoh macam kes HINDRAF dan KUGAN.Pada mereka yang salah tu betul dan yang betul tu salah.Aku cadangkan kalau pun keadaan mendesak sangat pasal PPSMI ni,lebih baik kerajaan buat pungutan suara.Beri peluang pada keseluruhan rakyat untuk membuat keputusan.Ia lebih adil dari kita mendengar permintaan GMP atau Parti Pembangkang.

No comments: