Thursday, September 4, 2008

MAAF!MAAF!!MAAF!!!..SAMPAI BILA??


Kenapa hari ini kita bangsa melayu perlu minta maaf bila berkata benar.Sejarah telah membuktikan hanya bangsa melayu sahaja yg memperjuangkan dan mempertahankan bumi ini.Mati kerana bumi ini.Terseksa kerana mempertahankan bumi ini.Lupakah kita pada sejarah.Bukan kita menolak terus sumbangan bangsa lain,tapi mereka harus ingat,mereka hidup senang sekarang pun disebabkan kita bangsa melayu terlalu bermurah hati .Kita telah beri peluang yang cukup terbuka pada mereka.Kita tak kacau pun ekonomi mereka.Bahkan kita beri peluang seluas-luasnya tanpa ada rasa dengki.Salahkah kita untuk pertahankan nasib bangsa kita?Salahkah kita untuk mengingatkan mereka bangsa lain bahawa jangan mereka sentuh tentang bangsa dan agama kita.
Sepatutnya mereka yang harus membuktikan kesetiaan pada kita.Mana undi-undi bangsa mereka pada PRU yg lalu.dan yang terbaru Pilihanraya kecil Permatang Pauh.Kita BN tak mungkin kalah andai mereka bangsa lain setia bersama kita.Kenapa dulu semasa PRU 10 orang melayu berpecah di sebabkan Anwar Ibrahim mereka boleh sokong kita.Tapi kenapa tidak sekarang.Adakah kerana Perdana Menteri kita terlalu berlembut dengan mereka.Bagi je apa yang mereka tuntut.akhirnya sekali hak kita bangsa melayu yang tergadai.Buat pemimpin-pemimpin di atas sesekali berani la untuk kebenaran.Tak perlu untuk kita minta maaf.Jangan hanya berani pada bangsa sendiri.Bila mereka bersuara kita diam tapi bila kita bersuara kita yang perlu minta maaf.Akhirnya kita tetap melukut di tepi gantang di bumi sendiri..

1 comment:

Gagak di Rimba said...

Salam,

Saya tidak faham mengapa harus Najib minta maaf.

Kalau hendak meredakan keadaan, itu bukan caranya. Dan kita lihat pihak "mereka" masih belum mahu diam, walaupun Najib telah minta maaf.

Sama ada tokoh UMNO itu bersalah atau tidak, biarlah mahkamah yang akan menentukan.