Sudah ku katakan sebelum ini yang pengundi Lembah Pantai akan menolak Izzah.Kini segalanya telah terbukti.Hari ni 200 ahli PKR Lembah Pantai telah keluar parti.Mereka ni semua orang kuat Izzah dalam segala program yang dibuat.Semasa PRU yang lepas mereka jugalah antara yg bertungkus-lumus untuk memastikan Izzah menang.
Mereka diketuai Sdr Partiban Pegawai Khas Izzah di Lembah Pantai.Beliau ini memang dikenali cukup kuat dengan Izzah sebelum ini.Tapi kini beliau telah sedar yang selama ini beliau dan penyokong lain hanya dipermainkan demi kepentingan politik peribadi.
Kesiankan.Dengar cerita lepas ni berduyun-duyun lagi akan mengikut jejak mereka yang keluar parti hari ni.Kita tengoklah apa tindakan dan kenyataan Izzah nanti.Silap-silap akan keluarlah janji-janji dan habuan yang akan diberi pada mereka-mereka supaya jangan meninggalkan PKR.
Aku rasa mesti malam ni Izzah tak tidur lena.Puaslah pula si suami nak kena pujuk dia supaya bertenang.Nak minta tolong bapak,bapak pula dah ramai orang tak percaya.Silap-silap pegi la melutut kat Azmin minta tolong selesai hal ni.Itu pun kalau Azmin berani nak tolong.Masalahnya pemimpin-pemimpin yang mereka ada semuanya berhadapan dengan bermacam-macam kes peribadi.Aku rasa jalan terbaik kau letak jawatan je la Izzah.Duduk rumah jaga anak dan suami.
Berani membuat perubahan,walaupun mengenai diri sendiri,adalah puncak segala keberanian..
Sunday, February 27, 2011
Tuesday, February 22, 2011
Izzah Giler Publisiti Murahan
Aduhai YB Lembah Pantai ni, tak abis-abis nak cari publisiti murahan nampak gayanya.Ni sekarang tengah sibuk pula dalam cadangan nak tubuhkan Utusan Rakyat untuk gantikan Utusan Malaysia.Apa cerita beb..Kat Lembah Pantai pun lu tak abis berjuang lagi ni lu dah sibuk-sibuk nak perjuangkan benda lain.
Utusan Malaysia dah terbukti selama ini perjuangkan hak dan suara Melayu dan baru kini lu sibuk-sibuk pula.Konon-kononnya Utusan Malaysia rasis.Abis lu nak buat Utusan Rakyat tu apa ke hal pula.Hakikatnya sokongan Melayu pada lu & PKR dah menurun.Jangan la pula Utusan Malaysia yang jadi mangsa beb.
Sebenarnya ramai yang dah bosan dengan lu.Masing-masing menantikan PRU 13 untuk tamatkan riwayat lu sebagai MP Lembah Pantai.Semua janji-janji lu selama ni kosong & auta semata-mata.Tapi itu pun kalau lu berani bertanding lagi kat Lembah Pantai la.Kalau tak bersedia untuk kalah dah tentu lu akan cabut pergi cari tempat selamat punya.Tapi kita orang tak kisah.Kalau letak bapak pun kita orang tetap sedia beb.Jangan ingat bila letak Anwar Ibrahim kita orang goyang.Lagi kita orang bertambah semangat ada la.
Wednesday, February 16, 2011
Izzah Promosikan diri beb..Kalender Baikkss Punya..
Dengar cerita Izzah sekarang tengah sibuk edarkan kalender pada penduduk sekitar Lembah Pantai.Dah tiada cara lain nak promosikan diri la tu.Kesian...Sampai macam tu sekali.
Aku teringin juga nak tengok kalender tu.Cuma aku cadangkan pada yang buat kalender tu,letak la gambar Izzah kat situ..Terubat gak rindu anak-anak muda Lembah Pantai.Boleh la dijadikan bahan apa yang patut.hahahahahahaha..
Dah la tu Izzah.Aku rasakan lebih baik je kau duduk rumah jaga anak,jaga suami,jaga mak dan jaga bapak kau yang banyak kes tak selesai lagi tu.Kau tumpukan je hal family kau.Lebih elok lagi kau letak je la jawatan sebagai MP Lembah Pantai.
Bukan kau ada buat keje apa pun.Hanya menangguk di air yang keruh hasil kerja orang lain je yang kau tahu.Asal benda yang berjaya kau cakap kau yang buat.Tapi bila yang belum berjaya kau salahkan kerajaan.Kalau macam tu kerja wakil rakyat,semua orang boleh buat beb.
Nasib baiklah kita warga Lembah Pantai ada Menteri Wilayah.Beliaulah yang telah banyak menyelesaikan masalah penduduk.Pelbagai masalah yang telah diselesaikan seperti hal 'maintenance' yang tertunggak,pemindahan ke PPR,menukar wajah flat-flat usang ke wajah baru dan banyak lagi kalau nak diterangkan satu persatu.
Tuesday, February 15, 2011
Izzah Mengambil Kesempatan Diprogram Orang Lain
Izzah oh Izzah..Memang muka tak malu.Yang terbaru dikabarkan dia turun program yang tak diundang.Konon-kononnya pemimpin berjiwa rakyat.Tapi hampeh je..Program orang lain dia ambil kesempatan untuk tunjuk muka.Sedangkan selama ni sikit punya susah nak tengok muka dia.
Nak harap program dia sendiri memang jangan harap la.Tiada siapa yang nak menguruskannya dah.Masing-masing dah sedar yang selama ini mereka dipermainkan Izzah dan kaum keluarganya.Tapi itu pun ada juga segelintir puak-puaknya yang masih belum sedar.Mungkin yang tinggal tu dah malu alah kot.Nak patah balik takut tak diterima.Jadi teruslah mengikut bontot Izzah.Lepas tu meraka main serbu je la program-program mana yang mereka tahu.
Hakikatnya tiada siapa yang menerimamu Izzah.Cuma pengundi-pengundi di Lembah Pantai ni masih mempunyai adap.Kita tak nak la malukan dia didepan orang ramai.
Tapi ingat la..Lama-kelamaan orang akan menyampah.Jangan sampai lu dihalau dari Lembah Pantai sudah.Semua orang dah muak dengan janji-janji palsu mu.Satu keje pun lu tak selesaikan selama lu jadi MP di Lembah Pantai ni.
Sunday, February 6, 2011
Izzah berambus Anwar masuk..PKR diambang kehancuran..
Salam 1 Malaysia..Dengar cerita Izzah takut untuk bertanding di Lembah Pantai pada PRU akan datang..Ada kemungkinan besar bapak dia sendiri yang akan bertanding.Menurut sumber dalaman PKR mereka semua dalam keadaan tertekan untuk mempertahankan kerusi Lembah Pantai..Maklumlah..Semenjak menang PRU yang lepas,satu keje pun dia tak buat.Hanya yang dia tahu mengambil kesempatan apa yang Kerajaan BN selesaikan melalui UMNO Bahagian Lembah Pantai yang diketuai YB Senator Dato' Raja Nong Chik.
Tambah pula semenjak beliau menang pengerusi PKR Lembah Pantai, lagi bercelaru PKR Lembah Pantai dibuatnya..Orang-orang lama yang selama ini berjuang untuk PKR di Lembah Pantai habis semua telah ditolak ketepi.
Mereka ni ibarat 'habis madu sepah dibuang'..Kesiankan.
Pada aku tak kisah la siapa pun yang bertanding, Izzah,Anwar atau sesiapa yang mereka letak pun, mereka akan melalui laluan yang sukar untuk mempertahankannya.
Pengundi Lembah Pantai semua dah nampak lakonan hebat anak beranak ni.Cukuplah mereka tertipu sekali dan ia tidak akan berulang untuk kali kedua.
Tambah pula semenjak beliau menang pengerusi PKR Lembah Pantai, lagi bercelaru PKR Lembah Pantai dibuatnya..Orang-orang lama yang selama ini berjuang untuk PKR di Lembah Pantai habis semua telah ditolak ketepi.
Mereka ni ibarat 'habis madu sepah dibuang'..Kesiankan.
Pada aku tak kisah la siapa pun yang bertanding, Izzah,Anwar atau sesiapa yang mereka letak pun, mereka akan melalui laluan yang sukar untuk mempertahankannya.
Pengundi Lembah Pantai semua dah nampak lakonan hebat anak beranak ni.Cukuplah mereka tertipu sekali dan ia tidak akan berulang untuk kali kedua.
Subscribe to:
Posts (Atom)