Friday, July 23, 2010

'Pengkhianat Negara'-Ganas Bunyinya.



Panas..Artikel ni aku dapat minggu lepas dekat area rumah aku.Harap mereka yang terlalu mendambakan Anwar Ibrahim cepat-cepatlah sedar.Silap-silap bila dia memerintah nanti habis Malaysia dijualnya..
Untuk memulakannya kita harus menolak anak beliau(izzah).Tiada apa pun yang beliau buat di Lembah Pantai.Hanya tahu mengambil kesempatan diatas kerja orang lain.Dengar cerita dalam PKR Lembah Pantai sekarang ni pun tengah berantakan.

Friday, July 16, 2010

Pelakon Harapan Terbaik!!

Slide 1
Baru-baru ini kita ada mendengar saranan pihak-pihak tertentu mencadangkan agar Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010’di atas kesetiaannya serta kehebatan ‘lakonannya’ketika berdepan dengan rakyat. Ya lah, takkan sebagai isteri yang tinggal sebumbung dan tidur sekatil sekian lama tidak tahu peel, kegemaran dan tindak tanduk suaminya selama ini. Hebat sungguh ‘lakonannya’mencari simpati rakyat untuk terus menegakkan benang yang basah. Dan lagi, bak kata pepatah inggeris, ‘an apple does not fall off far from the tree’ begitu jugalah gerangannya dengan puteri sulung pasangan sensasi dunia politik pembangkang, YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Nampak gayanya bakat lakonan memang tumbuh segar dalam keluarga ini. Kalau ayahanda digelar sesetengah pihak sebagai ‘Sivaji the Boss’ dengan gayanya dan tindak tanduknya, bonda pula ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010’, anakanda puteri pula sudah tentulah sesuai jikalau digelar ‘Pelakon Harapan Terbaik!’
Setakat yang diketahui ramai, YB ni bukanlah dibesarkan di dalam keluarga yang susah. Sedar-sedar, celik-celik mata, hidup dah senang, makan yang mewah, minum pun susu mahal. Jadi pelik bin ajaiblah bila dicanangnya ke merata tempat hidupnya susah akibat dianiayai sejak dari kecil lagi. Semuanya boleh asalkan mendapat simpati dan sokongan. Macam-macam.
Pastinya pengundi Lembah Pantai tidak harus tertipu dengan lakonan licik ‘Pelakon Harapan Terbaik’ ini. Paling terbaru beliau mengeluarkan kenyataan sempena Hari Wanita 2010 membela kaum wanita, para ibu yang bekerja, ibu tunggal dan sebagainya. Tapi bila ditinjau keadaannya di Lembah Pantai sendiri, makin ramai nampaknya nasib ibu-ibu tunggal, warga tua dan OKU yang tidak terbela, malahan tersisih begitu sahaja. Diceramah-ceramah dan nukilan beliau di dalam blog, bukan main lagi bercerita dan bermadah untuk membela nasib, memberi bantuan dan macam-macam lagi janji-janji yang manis (hampir-hampir dapat kencing manis dibuatnya dengar janji-janji yang melangit ni!) tetapi bila janji tak kesampaian, bantuan bertukar menjadi cakap mulut sahaja, maka bermula lah babak lakonan yang baru, iaitu menuding jari kearah BN/UMNO yang kononnya menjadi batu penghalang untuk beliau menjalankan tugas. Dah tak berkemampuan nak berkhidmat, kelemahan beliau nak ditutup pulak dengan menuding jari ke pihak lain. Hebat juga beliau berlakon, boleh cari makan nanti bila dah pencen jadi YB.
Tapi iya lah, kita kena akui, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kalau ayahandanya ‘Sivaji the Boss’, bonda pula ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010’ sudah tentu tidak menjadi kejutan lagi bila anakandanya pula menjadi ‘Pelakon Harapan Terbaik!’ Jangan terkejut ya!