SEBAGAI SALAH SEORANG AHLI PERGERAKAN PEMUDA UMNO HATI AKU CUKUP TERBAKAR DENGAN KENYATAAN KARPAL.BERANI BELIAU BERMAIN API.APA BUKTI YANG BELIAU ADA SAMPAI MENUDUH PEMUDA UMNO SEBEGITU RUPA.
JANGANLAH BERANI BERCAKAP DI PARLIMEN SAHAJA.MENTANG-MENTANG LAH ANDA DILINDUNG DENGAN PERATURAN PARLIMEN,JADI ANDA BOLEH CAKAP APA YANG ANDA SUKA.KALAU BETUL-BETUL KARPAL NI ANAK JANTAN DAN BERANI BERHADAPAN DENGAN PEMUDA UMNO MARILAH CAKAP BERDEPAN DENGAN KAMI.JANGAN PERGUNAKAN PARLIMEN UNTUK MELINDUNGI DIRI ANDA.IBARAT BALING BATU SEMBUNYI TANGAN.CAKAP TAK TAKUT,TAPI RUPA-RUPANYA PENGECUT YANG AMAT SANGAT.
TAPI SECARA PERIBADI AKU TAK SETUJU DENGAN TINDAKAN SEGELINTIR AHLI PEMUDA TEMPOH HARI.KENAPA KITA HARUS MEMALUKAN DIRI KITA SEBEGITU RUPA DAN MENGAPA KITA MENGIYAKAN KATA-KATA KARPAL YANG KITA NI SAMSENG DENGAN TINDAKAN KITA YANG TIDAK FIKIR PANJANG TEMPOH HARI.SEPATUTNYA KAJI DULU BAIK BURUKNYA TINDAKAN TERSEBUT.SEKARANG MEREKA BOLEH GUNAKAN ISU PEMUDA SAMSENG DI PILIHANRAYA KECIL KELAK.MACAM-MACAM YANG MEREKA AKAN TAMBAH UNTUK MEMBURUKKAN PEMUDA UMNO.SEPATUTNYA DUDUK BINCANG DENGAN KJ DAN BUAT KENYATAAN BERSAMA PEMUDA UMNO.PASAL DALAM MASA YANG SAMA DI DALAM PARLIMEN KJ SEDANG BUAT SIDANG MEDIA ISU TERSEBUT.BIARLAH KITA BERLAINAN KEM TAPI DALAM HAL SEBEGINI SEPATUTNYA PEMUDA PERLU BERSATU.INILAH YANG NAMPAK TAK CANTIK DALAM PEMUDA UMNO SEKARANG.ADA KETIKANYA KITA PERLU IKUT CARA PAKATAN RAKYAT.MEREKA BOLEH BERSATU APABILA SESUATU HAL MELANDA MEREKA.BARULAH RAKYAT NAMPAT SESUATU ORGANISASI ITU KUAT.
LAGI SATU PEGUAM NEGARA NI PUN LEMBAB.KENAPA TIADA LAGI TINDAKAN DI AMBIL TERHADAP KARPAL CELAKA NI WALAU TELAH BANYAK LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP BELIAU.BERTAMBAH KURANG AJAR LA NAMPAKNYA SI TUA CELAKA NI.PIHAK-PIHAK YANG BERKENAAN TOLANGLAH AMBIL PERHATIAN.
Berani membuat perubahan,walaupun mengenai diri sendiri,adalah puncak segala keberanian..
Saturday, February 28, 2009
Monday, February 23, 2009
BETUL KATA MM
AKU CUKUP SETUJU CADANGAN MM SUPAYA KITA MENGHORMATI PAK LAH APABILA BELIAU BERSARA KELAK.AKU DAPAT INFO RAMAI YANG KATA KENYATAAN MM BERSIFAT TALAM DUA MUKA.
PADA AKU APA YANG TALAM DUA MUKANYA.IA CADANGAN YANG CUKUP BAGUS DAN IA JUGA SATU SINDIRAN YANG BEGITU TAJAM PADA PAK LAH SERTA SATU PERINGATAN PADA DS NAJIB SUPAYA JANGAN DI ULANG APA YANG TELAH DI LAKUKAN TERHADAP TUN M.RAMAI YANG SEDIA MAKLUM SEMASA ERA PAK LAH RAMAI ORANG-ORANG PAK LAH YANG MEMPERLEKEHKAN TUN.ADA YANG KATA TUN DAH NYANYUK DAN MACAM-MACAM LAGI KATA NISTA YANG DI KELUARKAN.TAPI SEKARANG APABILA PERSARAAN PAK LAH HAMPIR TIBA MANA MEREKA.SEMUANYA TELAH DIAM DAN SIBUK PULA MENCARI TEMPAT DALAM PASUKAN DS NAJIB.MASING-MASING TAKUT KETINGGALAN KAPAL.
HARAP DS NAJIB YANG AKAN MENJADI NAKHODA YANG BARU DAPAT MEMILIH MEREKA-MEREKA YANG BETUL-BETUL TERBAIK SAHAJA DALAM KAPAL BELIAU.SEBENARNYA ORANG-ORANG PAK LAH LA YANG BANYAK BERSIKAP TALAM DUA MUKA.AKU JUGA BERHARAP MM AKAN MENANG DALAM PERTANDINGAN JAWATAN KETUA PEMUDA NANTI.INI KERANA KEMENANGAN BELIAU ADALAH KEMENANGAN AKAR UMBI UMNO.SEPERTI YANG TELAH DI BUKTIKAN SEMASA PENCALONAN TEMPOH HARI.KEPADA PERWAKILAN FIKIRLAH MASA DEPAN PEMUDA UMNO SERTA KEHENDAK AKAR UMBI.TOLAK POLITIK WANG ANDAI INGIN UMNO TERUS RELEVAN DAN DI TERIMA OLEH RAKYAT.
Sunday, February 22, 2009
HARI YANG MENGEMBIRAKAN AKU
BUAT SEKETIKA AKU INGIN MELUPAKAN BERBICARA HAL POLITIK YANG TIADA KESUDAHAN.INI DI SEBABKAN WIFE AKU TELAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAK KAMI YANG KEDUA PADA 20-02-2009 JAM 2:59 PETANG.SYUKUR KE ATAS ALLAH KERANA KEDUA-DUANYA SELAMAT.AKU DAN WIFE CUKUP GEMBIRA KERANA KINI KAMI SUDAH ADA SEPASANG CAHAYAMATA.YANG PERTAMA LELAKI DAN KINI PULA SEORANG PUTERI YANG AKAN AKU LETAK NAMANYA MIA ZARA SOFFEA BINTI KHAIRUL ANUAR.
Friday, February 20, 2009
MAJLIS HIMPUNAN MENJUNJUNG SETIA-DAULAT TUANKU
DIANGGARKAN HAMPIR 10 RIBU ORANG TELAH MENGHADIRI MALIS HIMPUNAN MENJUNJUNG SETIA-DAULAT TUANKU DI PWTC.MEREKA MERUPAKAN AHLI-AHLI DARI PARTI KOMPONEN BN YANG KEBANYAKAN AHLI-AHLI PEMUDA UMNO SERTA NGO SEPERTI GPMS,MBM DAN PERSATUAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA.TIDAK KETINGGALAN WAKIL-WAKIL PARTI KOMPONEN DARI SABAH DAN SERAWAK.
TURUT SERTA BERSAMA-SAMA HADIR DI PROGRAM TERSEBUT DATUK DR ZAMBRY MENTERI BESAR PERAK,DATUK TAJUDIN ABDUL RAHMAN SERTA MAHAGURU DATUK OMARDIN MAUJU.
RATA-RATA YANG HADIR CUKUP BERSEMANGAT UNTUK MEMPERTAHAN KEDAULATAN RAJA BERPELAMBAGAAN.MEREKA TANPA MERASA PENAT SANGGUP BERDIRI HAMPIR 4 JAM SAMBIL MELAUNGKAN DAULAT TUANKU SAMBIL MENDENGAR PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMUDA BERUCAP TERUTAMANYA UCAPAN DARI DATUK SERI HISHAMMUDIN SELAKU KETUA PEMUDA UMNO MERANGKAP PENGERUSI PEMUDA BN.
Tuesday, February 17, 2009
KINI DI BUKIT TER'LANJAN'G
BELUM PUN KITA MELALUI PRK BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU KINI KITA PERLU PULA UNTUK BERSEDIA MENGHADAPI PRK BUKIT LANJAN..INI DI SEBABKAN PERLETAKAN JAWATAN ADUN BUKIT LANJAN YANG GAMBARNYA SUNGGUH MENGIURKAN RAMAI PEMIMPIN PAKATAN RAPUH DIKATAKAN TERSEBAR LUAS DI INTERNET.TAPI UNTUK PENGETAHUAN SEMUA AKU TAK TENGOK LAGI PUN.HANYA DENGAR ULASAN RAKAN-RAKAN BLOGGERS.AKU RASA SESUAI LA BELIAU JADI AHLI CLUB SEORANG PEMIMPIN MCA YANG PERNAH TERKANTOI SATU KETIKA DULU.
MEMANG SESUAI SANGAT-SANGAT.(JANGAN MARAH YE)
WALAUPUN HAL PERIBADI BELIAU,TAPI APABILA TELAH TERSEBAR IA TETAP MENJADI HAL PARTI.JADI BAGUSLAH BELIAU MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB TERSEBUT.
BIAR 10 PRK PUN KITA BERSEDIA UNTUK MELALUINYA.KINI KITA AKAN MENGHADAPINYA DENGAN SEMANGAT DAN KEPIMPINAN YANG BARU.SEMOGA KITA MENCAPAI KEJAYAAN DI 3 PRK TERSEBUT.

Sunday, February 15, 2009
CADANGAN YANG BAGUS
BUAT KALI PERTAMA AKU BERSETUJU DENGAN PANDANGAN YB KHAIRY SUPAYA CALON-CALON KETUA PEMUDA DAN NAIB KETUA PEMUDA BERMESYUARAT MEMBINCANGKAN PERANCANGAN UNTUK MENGHADAPI PILIHAN RAYA KECIL BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU.INI KERANA KITA TIDAK TAHU SIAPA YANG AKAN MENANG SEMASA PEMILIHAN NANTI DAN MASA TERLALU PENDEK KURANG DARI SEMINGGU UNTUK MENGATURNYA SELEPAS ITU.LEBIH BAIK KITA TETAPKAN SEKARANG SUPAYA MEMUDAHKAN JENTERA PEMUDA BN DAN UMNO UNTUK BERGERAK.DAN CADANGAN INI JUGA SEPATUTNYA DI IKUTI OLEH SAYAP WANITA DAN PUTERI.
INI KERANA KEDUA-DUA SAYAP INI JUGA ADA PERTANDINGAN PERINGKAT ATAS.MELAINKAN MKT.PRESIDEN UMNO KITA DAH TAHU SIAPA.JADI DS NAJIB SUDAH BOLEH MERANCANGNYA BERMULA DARI SEKARANG DAN PAK LAH SEPATUTNYA TAK PERLU MASUK CAMPUR LANSUNG.BAGILAH PELUANG PADA DS NAJIB UNTUK BUAT KEPUTUSAN SEPENUHNYA.AKU CUKUP YAKIN DS NAJIB MAMPU UNTUK MENJALANKAN AMANAH DAN TUGAS YANG BELIAU AKAN PIKUL SELEPAS INI.

Friday, February 13, 2009
PILIHANRAYA KECIL SELEPAS PERTUKARAN KEPIMPINAN UMNO
Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau akan diadakan serentak iaitu pada 7 April depan.
Tarikh penamaan calon pula telah ditetapkan pada 29 Mac.
Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di ibu pejabatnya di sini, hari ini.
Nampaknya ia akan menjadi cabaran yang pertama kepada mereka-mereka yang menang semasa pemilihan Umno nanti.Diharap keputusan pemilihan Umno nanti dapat mempengaruhi suasana semasa pilihanraya kecil dan BN akan menang di kedua-dua kerusi tersebut.

Wednesday, February 11, 2009
DAULAT TUANKU
BERSAMA KITA PERTAHANKAN MARUAH DAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU.HALAU DAN LUCUTKAN KEWARGANEGARAAN PENGKHIANAT DARI BUMI BERTUAH INI.ANDAI PERLU,KITA PERTAHANKAN RAJA-RAJA MELAYU HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR.
BANTAHAN PEMUDA WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR BERHADAPAN MENARA MAYBANK.
SEMASA MENGHANTAR MEMO KE PEJABAT KARPAL SINGH.
Monday, February 9, 2009
BUKIT GANTANG
Nampaknya kita akan menghadapi Pilihanraya Kecil lagi.Ini di sebabkan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang Roslan Shaharum yang mewakili PAS.Di beritakan beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi ketika sedang mengayuh basikal.
Dalam situasi politik di Perak yang sedang berkecamuk aku rasa pilihanraya kecil ini nanti memberi peluang pada rakyat untuk menunjukkan sokongan pada siapa yang layak bagi mereka.Adakah mereka ingin lagi memilih Parti yang tak menghormati Sultan atau mereka akan beralih pada BN yang ketika ini menerajui Negeri Perak.
Setelah BN tewas di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu ini adalah masa yang sesuai untuk BN memenanginya kembali.Cukuplah dua kali kita melakukan kesilapan.Kali ini letaklah calon yang betul-betul terbaik yang di terima di kawasan tersebut.Bagi peluang pada DS Najib menentukan calon yang beliau rasa sesuai.Ini kerana kawasan tersebut majoriti pengundinya adalah Melayu.
Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.
Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala BN yang meletakkan Bendahari Umno, Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

Sunday, February 8, 2009
KAPAL SINGH VS ANWAR(SIVAJI)
Nampaknya itu kapal singh sudah mengamuk.Apa lagi Sivaji,jawab la persoalan yang ditimbulkan lu punya kawan..Walaupun aku marah dan menyampah sangat-sangat dengan itu kapal singh tapi bab yang ditimbulkan ni aku sokong yang teramat sangat..
Memang dari awal lagi Anwar yang mulakan isu lompat parti.Ia bermula di Sabah..kalau itu Anwar tak pengaruhi itu Yong Teck Lee, SUPP tak keluar dari BN.Tapi BN tak buat pun macam apa yang mereka buat sekarang.Tiada pun BN sibuk-sibuk nak kata mereka ada letak jawatan atau bagi surat apa-apa.Umno dan BN terus bertahan dan bersabar..Sampaikan itu lah salah satu sebabnya kekalahan Umno di dua pilihanraya kecil tempoh hari.Mungkin ada pengundi-pengundi yang terpengaruh dengan kata-kata Anwar.
Akhirnya sekali terbukti apa yang Anwar cakap hanya angan-angan mat jenin.Dia sengaja mahu perangkap Ahli Parlimen BN supaya mengikut beliau.
Bila perkara lompat parti ini terkena dekat beliau tahu pun kata kerajaan dan Sultan macam-macam.Itulah namanya tak dapat menerima hakikat.Cuba kalau apa yang beliau rancangkan hari tu berlaku,dah tentu dia rampas kuasa macam ni juga.Dia ingat dia cerdik tapi rupa-rupanya ada yang lagi cerdik.Aku berharap selepas ini lebih ramai lagi MP atau Adun Pakatan Rapuh menyertai BN..Dan Kapal singh,lu jangan duduk dalam Malaysia lagi la.Lu pergi duduk singapore atau mana pulau luar Malaysia yang lu boleh perintah.Ajak lu punya family sekali.Sebab lu sudah tiada satu prinsip Rukun Negara lagi dalam hati lu.Pasal itu KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA lu sudah campak jauh-jauh.

Friday, February 6, 2009
MELAYU DERHAKA,BANGSA LAIN TEPUK TANGAN
Mengikut laporan-laporan yang diterima ketika ini, Pakatan Rakyat telah menyeru pada para penyokongnya untuk beramai-ramai pergi ke Masjid Ubudiah Kuala Kangsar untuk mengadakan demontrasi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Baginda Sultan semalam.
Aku cukup terkilan dengan sikap pembangkang yang boleh di katakan telah menderhaka terhadap titah Sultan dan kini ingin pula menunjukkan keegoan mereka terhadap Sultan Perak dengan menyeru penyokong-penyokongnya ke sana.Cukuplah kalian sahaja menderhaka pada Sultan,tak perlu babitkan rakyat dalam setuasi ini.Ini juga telah menunjukkan yang PAS telah di perkotak-katikkan..Sejarah politik baru tercipta pemimpin melayu menderhaka pada pada Sultan sambil DAP bertepuk-tangan dalam hal ini.DAP cukup bijak..Selepas peristiwa ini imej melayu cukup tercalar di mata bangsa-bangsa lain.
Aku cukup berharap rakyat Negeri Perak tidak terlalu emosional dalam hal ini.Ketepikan perbezaan politik dan bersatulah demi kesejahteraan Negeri Perak.Hormatilah apa yang telah diputuskan Baginda Sultan.Baginda lebih tahu mana yang terbaik untuk seluruh Rakyat Negeri Perak.

Thursday, February 5, 2009
MENTERI BESAR BARU DI PERAK
Tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir telah dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru.Beliau bakal menjadi Menteri Besar Perak yang ke 11.Di harap beliau dapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari semua parti komponen di Perak supaya mudah untuk beliau mentadbir Negeri Perak nanti.
DUN tidak dububar, Nizar serta Exco diminta letak jawatan
IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini.
Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri MohaMmad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak dan barisan Exco Kerajaan Negeri berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.
Semoga Allah merestui serta sentiasa bersama kita.

Tsunami Melanda Pembangkang
Aku berharap gelombang penghijrahan parti yang belaku ketika ini dapat berterusan dan merebak ke negeri-negeri lain..Tanda-tanda penerimaan terhadap BN dan UMNO am nya telah nampak adanya perubahan..
Mungkin di negeri lain susah untuk kita dapat kembali memerintah.Tapi sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan jumlah kerusi Kerajaan Pembangkang di negeri tersebut.
Kita harus memastikan apa yang berlaku ini kekal untuk kita mendapat kembali kepercayaan rakyat terhadap kita serta mudah untuk kita bersedia menghadapi pilihanraya-pilihanraya yang akan datang.
Dalam setuasi di Perak,aku sangat berharap meraka yang menjadi Adun bebas akan dapat masuk ke dalam Umno apabila kes mereka di mahkamah selesai.Itu pun jika mereka di dapati tidak bersalah.Ini kerana kita harus menjaga imej parti kita yang sekarang ini di landa dengan imej yang kurang elok.Jangan sampai nanti rakyat mengatakan Umno dan BN adalah parti perahsuah.Begitu juga mereka yang akan dicalonkan menjadi Menteri Besar.Biarlah mereka yang bersih dari isu-isu yang boleh merosakkan parti serta boleh menyatukan kembali Umno dan BN di Perak demi untuk menarik kembali keyakinan rakyat terhadap parti kita.
Harap selepas ni Kedah pula kembali pada BN..Kerana di Kedah Pakatan Rakyat memerintah hanya berkelebihan 8 kerusi..Di Kedah PR 22 kerusi dan BN pula 14 kerusi.Kini kita perlukan 5 kerusi untuk memerintah Kedah kembali.Semoga ada adun yang terbuka hati untuk menyertai BN seperti rakan-rakan mereka di Perak.

Wednesday, February 4, 2009
PR-PAKATAN RAPUH
Akhirnya seperti yang ditunggu-tunggu berlaku juga..Pakatan Rakyat telah jadi Pakatan Rapuh.
Konon-kononnya dapat tarik Adun kita,tapi sebaliknya yang berlaku hilang tiga dan hilang pula sorang yang melompat sementara..
Kesian aku dengan Pakatan Rakyat terutamanya orang yang digelar Sivaji The Boss(Anwar Ibrahim) dan Menteri Besar yang di perbodohkan DAP.Yang menjadi tanda tanya kemana hilangnya Anwar?Tak banyak kenyataan beliau sejak akhir-akhir ini.
Pada aku juga Menteri Besar ni memang telah betul-betul tunjuk kebodohan beliau serta sikap gilakan kuasa.Maklum la,sebelum ni tak pernah berkuasa.Bila jadi macam ni alamat kelam kabut la.Ada ke dia boleh mendahului Sultan.Memalukan..Dia ingat dia yang lantik Sultan kot.
Lagi satu padan muka dengan Menteri Besar.Tak merasa dia nak naik kereta baru.Seperti yang diketahui sebelum ini kereta untuk digunakan beliau akan tiba akhir sekali.
Aku harap calon Menteri Besar yang akan dicadangkan TPM esok biar la yang terbaik dikalangan Adun BN di Perak.Biar yang diterima rakyat dan terutama sekali yang boleh menguatkan kembali BN di Perak.Apa yang berlaku pada Pakatan Rakyat hari ni harap tidak berlaku pada kita.Dan kalau boleh jual balik kereta Toyota Camry yang baru di beli.Kita pakai balik kereta Nasional.Pasal masa mereka beli hari tu kita kuat mengkritik mereka.Kita cakap mereka tak patriotik.Jadi kita harus jadikan ia iktibar supaya tiada isu yang boleh di bangkitkan pada kita kelak.Akhir sekali aku doakan Duli Yang Teramat Mulia Sultan Perak tidak setuju dengan cadangan pembubaran Dun dan seterusnya merestui calon Menteri Besar dari Barisan Nasional.Biar 4 Feb 2009 menjadi sejarah hitam buat Pakatan Rapuh di Perak.

Monday, February 2, 2009
PPSMI
Hari ini aku cukup tertarik dengan satu surat pembaca mengenai PPSMI di utusan.Beliau merupakan seorang pendidik di pendalaman.Mengapa GMP yang diketuai oleh GAPENA tidak membuat kajian menyeluruh.Ambil dari kedua-dua sudut.Positif dan negetif.Selepas tu duduk semeja dengan kementerian pelajaran untuk membincangkan yang terbaik demi masa depan anak bangsa kita.Janganlah terlalu emosional dalam isu ini.Daripada buang masa berdemontrasi lebih baik duduk semeja berbincang.Jangan menyusahkan rakyat lagi.Bila anda berdemonstrasi secara automatiknya anda menyusahkan orang ramai.Jalan akan jadi sesak,ketenteraman awam terganggu dan kedatangan pelancong pun akan berkurangan.Pada aku tak rugi dan hilang kemelayuan kalau kita mempelajari bahasa inggeris.Jalan terbaik adalah menambah baik sistem tersebut tersebut.Mungkin ia sepatutnya di mulakan di peringkat sekolah menengah.Kerana lebih mudah untuk pelajar-pelajar memahaminya.Di sini aku sertakan surat pembaca tersebut.
PPSMI: Guru dan Gapena
SAYA sering mengikuti perkembangan tentang isu yang membabitkan bahasa kebangsaan. Dan paling sensasi adalah isu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) yang masih lagi diperkatakan hingga menimbulkan kontroversi apabila Gabungan Penulis Nasional atau Gapena berhajat untuk menyaman kerajaan kerana keengganan kerajaan memansuhkan PPSMI secepat mungkin.
Dan yang lebih mengejutkan apabila Gapena mengadakan tunjuk perasaan menentang PPSMI. Sebuah gabungan yang saya fikir sebuah pertubuhan pemikir telah bertindak emosional dalam menangani isu ini. Adalah lebih baik sekiranya Gapena berjumpa dengan Menteri Pelajaran dan berbincang dengan cara yang lebih 'dewasa'.
Saya menyokong apa yang disuarakan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkenaan dengan isu ini yang menurutnya kerajaan tidak boleh memansuhkan PPSMI sewenang-wenangnya.
Kajian sedang dan masih dijalankan. Saya berpendapat Gapena terlalu emosi dalam menangani masalah ini.
Perlaksanaan PPSMI masih terlalu awal untuk dihukum oleh pihak tertentu. PPSMI boleh dianggap sebagai budak tadika yang masih belum boleh membaca dengan lancar.
Memang benar, pendapat pelbagai pihak harus diambil kira terutamanya guru-guru yang terlibat secara langsung dalam isu ini.
Pada saya yang juga seorang guru dan juga pelaksana PPSMI malah bertugas di luar bandar, saya menjadi hairan mengapa semua pihak menyatakan bahawa murid-murid di luar bandar tidak boleh mengikuti program PPSMI ini.
Ramai juga yang berpendapat bahawa PPSMI menyebabkan pelajar di luar bandar jauh ketinggalan. Bahkan, Gapena sering menjadikan masalah ini sebagai masalah pokok untuk memansuhkan PPSMI.
Yang peliknya, pelajar saya tidak pernah merasa terasing dengan masalah ini. Mereka belajar dengan begitu baik. Mereka seronok belajar subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Lebih-lebih lagi apabila mereka dihidangkan dengan pelbagai sumber seperti adanya komputer riba dan perisian-perisian yang begitu menarik.
Saya terpanggil untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku terutama di kawasan pedalaman. Kerana apa yang dimaklumkan kepada orang awam tidak sama dengan apa yang berlaku. Adakah ini sekadar polemik pihak-pihak tertentu yang berkepentingan untuk menghapuskan PPSMI?
Malah anak didik saya yang mengikuti PPSMI ini telah berjaya dengan cemerlang dalam UPSR tahun lepas. Walaupun UPSR bukan kayu pengukur sebenar tetapi pandangan dan pendapat mereka yang hanya memandang dari luar pagar sekolah hanya tahu memberi komen sahaja.
Pada mulanya saya mengakui amat sukar pelajar-pelajar di luar bandar untuk mengikuti sesi P&P di dalam Bahasa Inggeris bagi kedua-dua mata pelajaran ini. Namun setelah enam tahun berjalan, pelajar-pelajar sekarang sudah kian sebati dengan penggunaan Bahasa Inggeris ini.
Gapena harus berfikiran positif dan bukan emosi. Malah ramai kalangan pelajar sekolah menengah yang ditanya sudah resah seandainya ia dimansuhkan memandangkan pertukaran yang bakal berlaku akan menambah beban untuk mereka. Jadi apa salahnya jika PPSMI ini dikekalkan. Maka pelajar-pelajar kita pun tidak terus tertekan dengan sikap kita. Saya percaya pelajar-pelajar di Malaysia sekarang masih tertanya-tanya apakah status PPSMI pada masa ini.
Saranan saya kepada Gapena juga supaya tidak hanya memandang PPSMI sebaliknya cuba mencari masalah lain yang lebih memerlukan pandangan dan tindakan seperti isu bahasa rojak.
PPSMI menggunakan bahasa yang lengkap dan tidak pernah membunuh mana-mana bahasa. Sedangkan zaman ini, kehadiran teknologi seperti telefon bimbit telah menjahanamkan bahasa kebangsaan. Malah bahasa di papan tanda seluruh negara begitu banyak yang mencacatkan bahasa kita. Saya kira Gapena perlu bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan bahasa.
PPSMI tidak wajar dimansuhkan.
GURU PEDALAMAN
Sarawak

Sunday, February 1, 2009
PENCURI KERETA YANG POPULAR
AKU RASA AKU BELUM TERLEWAT UNTUK MEMPERKATAKAN TENTANG KEMATIAN SEORANG LELAKI BENAMA KUGAN..SEORANG PENJENAYAH YANG KEMATIANNYA DIRATAPI OLEH SEGELINTIR MASYARAKAT INDIA SERTA PEMIMPIN-PEMIMPIN MIC YANG TELAH KEHILANGAN POPULARITI DAN JUGA PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG YANG SEMEMANGNYA KITA TAHU SUKA SANGAT MENGAMBIL KESEMPATAN DI ATAS ISU SEBEGINI."BAK KATA SEORANG KAWAN AKU ORANG MATI PUN SIAP NAIK MERCEDES".MEWAH TU..AGAK-AGAK LA KAN,SIAPA YANG SPONSOR.
AKU JUGA HAIRAN KENAPA MEDIA MEMBERIKAN LIPUTAN YANG BEGITU BESAR TERHADAP KEMATIAN SEORANG PENJENAYAH.SEPATUTNYA MEDIA-MEDIA BOIKOT ISU SEPERTI INI.BANGSA-BANGSA LAIN PUN ADA YANG SAMSENG DAN ADA YANG TERBUNUH.TAPI KITA TIDAK PUN SIBUK-SIBUK NAK PERTAHANKAN MEREKA.
PADA AKU YANG BERSALAH TETAP BERSALAH.LAGI PUN KITA ADA UNDANG-UNDANG.TAK PERLU SESIAPA MELEBIHI UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA. ANDAI BENAR ADA ANGGOTA POLIS YANG SALAH GUNA KUASA DALAM KES INI,KITA BIAR UNDANG JUGA MENENTUKAN.
PADA AKU KITA HARUS SOKONG DAN SERU POLIS DEKAT MALAYSIA INI SUPAYA ISYTIHAR PERANG HABIS-HABISAN TERHADAP PUAK-PUAK SAMSENG NI.
JANGAN BAGI MUKA DAN TERUS BURU SAKI BAKI PENJENAYAH YANG MASIH BEBAS BERLELUASA. HAPUSKAN TERUS KONCO-KONCO KONGSI GELAP INI DARI TANAH AIR KITA YANG TERCINTA.

Subscribe to:
Posts (Atom)