Berani membuat perubahan,walaupun mengenai diri sendiri,adalah puncak segala keberanian..
Friday, January 30, 2009
AHLI PEMUDA BERKUMPUL SECARA AMAN DI PWTC
Thursday, January 29, 2009
APA HAL DENGAN TENGKU AHMAD RITHAUDDEEN NI!!!!
MEREKA BERCAKAP DENGAN KEADAAN MEREKA TELAH ADA SEMUANYA(HARTA DAN KEHIDUPAN SEMPURNA) YANG SEBENARNYA DI PEROLEHI DARI UMNO.MAKA BERJAYALAH BUKAN MELAYU MELIHAT AKHIRNYA MELAYU LAWAN MELAYU!
Monday, January 26, 2009
PENGKHIANAT PENGUNDI DAN PARTI
TETAPI BERITA TENTANG ADUN BOTA MASUK PKR AMAT MENARIK PERHATIAN.AKU SERTA RAKAN-RAKAN YANG BARU KEMBALI DARI RETREAT CUKUP TERKILAN DENGAN APA YANG AKU BOLEH KATAKAN BELIAU ADALAH PENDERHAKA UMNO.TIDAK SEDARKAH BELIAU YANG BELIAU MENANG TEMPOH HARI ATAS TIKET UMNO.DAN UMNO PADA AKU BEGITU KUAT DI PERAK.
INI TELAH TERBUKTI KERANA UMNO MENANG 26 KERUSI DUN PADA PRU YANG LEPAS.
APAKAH PEMBANGKANG TELAH TAWARKAN PADA BELIAU SEHINGGAKAN BELIAU BOLEH MELOMPAT PARTI.?ITU YANG MENJADI PERSOALAN.
ADA SATU SEBAB YANG AKU NAMPAK MUNGKIN BELIAU KECEWA KERANA BELIAU KALAH DALAM PEMILIHAN JAWATAN KETUA UMNO BAHAGIAN TEMPOH HARI.
KAMI GOLONGAN MUDA CUKUP KECAWA PADA AHLI UMNO YANG SEBEGINI RUPA.KAMI LAGI MEMIKIRKAN MACAM MANA INGIN MENARIK KEMBALI SOKONGAN RAKYAT PADA BN.KAMI SANGGUP BERMALAM DI DALAM HUTAN UNTUK BERMUHASABAH DIRI DEMI PERJUANGAN PARTI.MENCARI SERTA MENGATUR PERANCANGAN UNTUK AKAN DATANG.TAPI SENANG-SENANG MEREKA KHIANATI PARTI DEMI MENGEJAR JAWATAN SERTA KUASA YANG DITAWARKAN.SEPATUTNYA MEREKA YANG HARUS MEMBIMBING GOLONGAN MUDA SEMANGAT MENCINTAI PARTI KERAMAT INI(UMNO).
HATIKU TETAP PADA UMNO.
Sunday, January 25, 2009
RETREAT
RETREAT PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI SESI 2008-2011.BERTEMPAT DI AGROTEK GARDEN RESORT, HULU LANGAT DARI 23-25 JANUARI 2009
SDR KETUA PEMUDA SEDANG MEMBERI UCAPAN SEMANGAT KEPADA PESERTA-PESERTA
Thursday, January 22, 2009
Berehat Seketika
Apa yang aku di pahamkan program ini adalah untuk merapatkan hubungan sesama kami di dalam Pergerakan Pemuda Umno Lembah Pantai yang majoriti kebanyakkannya muka-muka baru.Ia juga dapat mewujudkan semangat bekerjasama di antara kami untuk masa-masa akan datang.Dan yang penting bagi aku,kami akan cuba menyerapkan semangat setiakawan,pemuda berani serta berani berubah untuk memastikan Umno masih relevan bagi golongan muda.Ini adalah program sulung yang akan di anjurkan dan selepas ini akan menyusul pula program-program bersama pemuda-pemuda cawangan.
InsyaAllah aku juga akan mencari bahan-bahan baru untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat sekalian.Mungkin selepas dapat cuci fikiran yang dah berserabut nie banyak idea boleh di terjemahkan kelak.
Saturday, January 17, 2009
KINI BERTAMBAH LAGI KERUSI PEMBANGKANG DI PARLIMEN
Beliau menang dengan majoriti 2,631
Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.
Undi yang terima PAS telah meningkat sebanyak 949 undi dan undi yang terima BN pula telah berkurangan sebanyak 2310 undi.Ini menunjukkan demokrasi masih wujud walaupun kerajaan BN memerintah negara ini.Segala tuduhan yang di lemparkan pada SPR sebelum ini juga adalah sekadar tuduhan yang sengaja di timbulkan pembangkang.
Bagi pihak BN pula kini terbukti calon yang diturunkan memang tidak di senangi pengundi-pengundi di Kuala Terengganu walaupun beliau merupakan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu.
Seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini sifat beliau yang sombong serta tidak mesra dan bukan calon yang popular telah mengakibatkan BN tewas di Kuala Terengganu.Kini siapa yang yang harus di persalahkan.Pak Lah,Najib atau Wan Farid sendiri?
Apa-apa pun tahniah kepada pengundi di Kuala Terengganu kerana telah memberi pengajaran kepada Wan Farid supaya beliau lebih turun ke bawah mendekati pengundi.Jangan ingat sebagai Ketua Umno Bahagian semua pengundi boleh menerima anda.Dan yang penting sekali seorang lagi panglima Pak Lah telah tumbang.
Kini kita nantikan pula Pemilihan Umno Mac nanti.Harap perwakilan juga dapat membuat satu perubahan yang besar dengan memilih calon yang betul-betul ingin memulihkan Umno.Andai tersilap pilih,Pilihan Raya 13 nanti kita pula yang akan jadi pembangkang.
-Kesilapan besar Pak Lah apabila Pak Lah diminta mengulas kenyataan Tun, Pak Lah dengan bodoh sombong dan penuh keegoaan berkata, "MAHATHIR sudah TIDAK RELEVAN dalam UMNO".
Sedangkan apa yang Tun kata tu ada kebenarannya.Sekarang ini siapa yang tidak relevan?Tun atau Pak Lah?
Kerana Pak Lah,BN yang menangung akibatnya.
Thursday, January 15, 2009
TONY MERAYU PADA RAKYAT.
Dear Valued Guest,
Wednesday, January 14, 2009
BOYCOTT ISRAEL
JOM KITA PERHEBATKAN LAGI KEMPEN BOYCOTT ISRAEL.KITA GUNAKAN SEGALA SALURAN YANG ADA.MUNGKIN MEREKA TIDAK RASA KESANNYA SEKARANG.LAMA KELAMAAN MEREKA AKAN MERASAI JUGA KESANNYA DENGAN SYARAT KITA KENA MELAKUKANNYA SECARA BERTERUSAN.KITA KETEPIKAN FAHAMAN POLITIK.KEAMANAN SERTA SERTA NASIB MEREKA DI PALESTIN HARUS DI BELA.RAMAI NYAWA-NYAWA YANG TIDAK BERDOSA MENJADI MANGSA.YANG LEBIH MENYAYAT HATI ANAK-ANAK KECIL TURUT MENJADI MANGSA.KENAPALAH MEREKA TERLALU KEJAM?SETIAP HARI PENCEROBOHAN DI LAKUKAN.SIKAP MEREKA INI LEBIH DASYAT DARI BINATANG.AKU BERDOA SEMOGA ALLAH MELINDUNGI MEREKA-MEREKA YANG TIDAK BERDOSA SERTA MERESTUI MEREKA YANG SEDANG BERJUANG MEMPERTAHANKAN TANAH AIR MEREKA DARI KEKEJAMAN ISRAEL.
Saturday, January 10, 2009
SIME DARBY,AIR ASIA & TUN MUSA
Seperti juga soal IJN tempoh hari.Semua orang tahu idea penubuhan IJN adalah dari Tun Dr Mahathir.Itu pun mereka nak ambil alih.
Aku rasa la mereka ni ada perancangan tersembunyi.Maklum la,Tun Musa kan ibarat Penasihat Pak Lah n beliau pun banyak dendam kesumat yang ingin dibalas terhadap Tun Dr Mahathir.
Yang aku bertambah sakit hati lagi terhadap Sime Darby ni kenapa la yang dia nak tolong si Tony tu.Sime darby ni GLC la.Ramai lagi usahawan-usahawan Melayu yang sepatutnya di tolong.Tony tu dah jadi jutawan dengan sekelip mata.Tak kan la dia tak mampu nak bayar kos pada MAHB.Dah la sebelum ni macam-macam kelebihan yang kerajaan pimpinan Pak Lah bagi pada Air Asia.Sehinggakan MAS yang dah tentu syarikat kerajaan di anak tirikan dalam pelbagai perkara.
Ada tiga bulan lagi kepimpinan negara akan bertukar tangan.Kita tengok je la apa yang akan berlaku lagi selepas ini.Mungkin ada kejutan yang lebih besar.Hanya Pak Lah serta penasihat-penasihatnya yang tahu apa yang beliau ingin lakukan.
Friday, January 9, 2009
Thursday, January 8, 2009
LAUTAN MANUASIA DI KUALA TERENGGANU.
Tambahan pula seperti yang dilaporkan pihak polis,para penyokong kali ini cukup berdisiplin.Boleh dikatakan tiada langsung laporan pergaduhan yang didengari dari kedua-dua belah pihak.
Ini menunjukkan para penyokong sebenarnya berfikiran matang.Masing-masing boleh menahan provokasi yang dilakukan.Diharap suasana sebegini biarlah berlanjutan dari semasa berkempen sehinggalah kehari mengundi nanti.
Cuma yang membuat aku sedikit terkilan kenapa pemimpin-pemimpin parti yang bertanding tidak berganding bahu untuk membuat satu bantahan besar-besaran terhadap keganasan Israel selepas proses penamaan calon selesai.Sedangkan ramai penyokong-penyokong mereka yang membanjiri Kuala Terengganu.
Sepatutnya gunakan peluang yang ada sebaiknya.Tak salah demi cintakan keamanan kita berganding bahu.Atau pun tidak terlintas langsung difikiran mereka akan untuk membuat perkara tersebut.
Ini kerana mungkin masing-masing ingin menjadi hero atau menonjolkan Pertubuhan mereka sahaja.Akhir sekali apabila mereka berkumpul untuk berarak melakukan bantahan adalah sekitar tiga hingga empat ratus orang yang mengambil bahagian.
Itulah realitinya.
Sunday, January 4, 2009
AKU ANTI ZIONIS
MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMBOIKOT ISRAEL SERTA SEKUTU-SEKUTUNYA.BUAT PERMULAAN KITA BOIKOT SUMBER-SUMBER YANG PENTING PADA MEREKA.