Thursday, May 20, 2010

JUARA RAKYAT BN LEMBAH PANTAI;
22 & 23 Mei 2010;
Di PPR Kg Limau, Jln Pantai Dalam.
Jemput hadir beramai-ramai.

Pelbagai program diadakan antaranya acara Sukaneka,Perasmian/Tanda Arah Kiblat Surau Baru/Sumbangan Buku,Forum Perdana,Larian 1M'sia dan Pertandingan Mewarna Kanak2 Tadika.

Monday, May 17, 2010

Menyakitkan Hati..

Lama sudah aku tidak meluahkan pendapat disini..Ini disebabkan banyak urusan lain yang perlu diutamakan seperti persidangan cawangan-cawangan UMNO yang kini sedang berlangsung.Apa yang ingin ditimbulkan disini kenapa cina tidak mengundi BN.
Ia menjadi satu tanda tanya.Sedangkan dari dulu hingga kini apa yang aku nampak kepimpinan BN sentiasa memenuhi kehendak mereka.Seperti di Sibu, hampir 20 juta peruntukan telah disalurkan pada mereka.Tapi keputusan yang kita dapat begitu hampa.Kita kalah dan undi kita begitu merosot.
Wahai kaum cina.Tolonglah sedar..Balas kembali segala budi yang telah diberi pada kaum kalian.Tidak cukupkah apa yang telah dinikmati selama ini.Kekayaan yang melimpah ruah.Sedangkan kami tuan di bumi sendiri pun hanya sekadar dapat tempias-tempias je.
Kepada kepimpinan BN, buat masa ni cukuplah apa yang kita salurkan pada mereka selama ini.Kini kita tegas.Minta mereka buktikan dulu sokongan mereka dan barulah kita bantu mereka.Cukuplah kita dipermain-mainkan.
Bila direnungkan balik apa yang disuarakan PERKASA, pada aku ada betulnya.Fikir-fikirkanlah.. Sampai bila kita harus takut,diam dan hanya ikut telunjuk mereka.Jangan sampai bangsa melayu kembali memerontak dan larikan sokongan pada Pakatan Rakyat.Kita masih belum terlambat.Carilah pendekatan baru yang lebih berkesan.